PKP: Ujian pramusim MotoGP 2021 di Litar Sepang secara rasmi dibatalkan

81

Ujian pramusim dan ujian musim sejuk MotoGP 2021 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) secara rasmi dibatalkan. 

Tindakan ini dibuat berikutan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Perkara ini diumumkan oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan penganjur, Dorna Sports baru-baru ini.

Ujian ini dijadualkan menjadi acara MotoGP di luar Eropah yang pertama sejak Februari tahun lalu, namun perlu mendapat kebenaran khas dari kerajaan Malaysia. 

Namun, dengan peningkatan kes Covid-19 yang semakin mendadak di Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengumumkan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Penularan pandemik Covid-19 dan keputusan PKP serta komplikasi yang berlaku menyaksikan pembatalan kedua-dua acara berkenaan, yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia pada bulan Februari,”  kata kenyataan dari Dorna.

“Ujian Qatar, yang ketika ini dijadual di Litar Antarabangsa Losail pada 10 hingga 12 Mac akan diteruskan dan jika ada sebarang kemas kini atau perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin,” tambahnya.

Ujian di litar Sepang sepatutnya menjadi penglibatan pertama dalam kelas MotoGP bagi Marco Bezzecchi, Luca Marini dan Jorge Martin.

Selain itu, kelibat Valentino Rossi bersama pasukan Petronas juga tidak dapat disaksikan, selain Cal Crutchlow yang menjadi pelumba ujian bagi pasukan Yamaha.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here