Tukar kereta Renault setiap 2-3 tahun dengan pelan Renault Subscription

1786

Untuk pertama kali di Malaysia, Renault Subscription ditawarkan untuk pelanggan memilih pelan pembiayaan fleksibel yang sesuai dengan mereka. Ia boleh digunakan untuk model utama Captur dan Koleos, dengan dua pilihan pelan iaitu Fixed dan Switch.

Pelan sebegini sesuai dengan keadaan hari ini dimana keperluan dan kehendak pengguna berubah. Ramai yang tidak memerlukan komitmen jangka masa panjang. Jadi, Renault Subscription menawarkan solusi unik tanpa kos tinggi untuk bayaran muka dan kadar faedah.



Jadi, pelanggan bebas menukar kenderaan kepada model baharu setiap dua hingga tiga tahun.

Pelan Fixed membolehkan pelanggan memiliki Captur dari RM1,299 sebulan dan Koleos dari RM2,299 sebulan. Pelan Switch yang lebih fleksibel pula – yang pertama di Malaysia – membenarkan pelanggan menukar antara dua model ini dari RM1,999 sebulan bergantung kepada keperluan mereka.

Berbanding pajakan, pelan di bawah Renault Subscription menawarkan kelebihan seperti:

  • Tiada terma jangka masa panjang dan berkos tinggi
  • Kadar kompetitif dan fleksibel untuk menggalakkan pelanggan mencuba model Renault berbeza
  • Membolehkan pelanggan menukar model-model Renault tanpa lock-in atau penalti
  • Semua kos seperti cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan termaktub di bawah pakej ini (Pelan Switch), tertakluk kepada terma dan syarat
  • Penjimatan dengan bayaran muka sifar dan tiada kadar faedah

Bergantung kepada pelan yang dipilih, deposit bernilai RM2,500 hingga RM3,500 diperlukan, yang akan dipulangkan.

Untuk tempoh terhad juga, pelanggan akan menerima langganan percuma selama sebulan untuk pelan tetap Fixed.

Pelan Fixed

Pelan Switch

Untuk maklumat lanjut, layari www.renault.com.my atau hubungi 1800-18-8663.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here