Kilang Naza di Gurun akan eksport kenderaan Peugeot ke Thailand

3023

Peugeot baru-baru ini telah melantik Belfort Automobiles (Thailand), anak syarikat Master Group Corporation (Asia) Co Ltd sebagai pengimport dan eksport kenderaan Peugeot ke Thailand.

Upacara menandatangani diadakan di kedutaan Perancis di Bangkok dan disaksikan oleh H.E. Mr. Jacques Lapouge, duta Perancis di Thailand.



Peugeot akan eksport kenderaan Peugeot ke Thailand dan memperkenalkan sekurang-kurangnya lima model baharu di Thailand dalam masa beberapa tahun akan datang. Dua SUV iaitu 3008 dan 5008 akan menjadi model pertama dibawa ke negara itu.

Dua model ini dikeluarkan di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah yang menjadi hab pengeluaran ASEAN untuk Groupe PSA selepas perjanjian bersama Naza Corporation Holdings pada Februari 2018.

Ini menandakan Groupe PSA kini beroperasi di 11 negara ASEAN, dan perkembangan penting untuk NAM yang telah mula mengeksport ke Filipina dan terbaharu, Thailand dalam masa beberapa minggu akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here