Buka satu lagi pusat servis 2S Toyota di Klang, Selangor

2768

UMW Toyota – pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Toyota di Malaysia – baru-baru ini buka satu lagi pusat servis 2S Toyota di Klang, Selangor.

Dioperasikan oleh PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd, pusat itu menawarkan khidmat selepas jualan kepada pemilik dan pelanggan di kawasan Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Botanik dan beberapa kawasan berdekatan lain.



PS Otomobil bukanlah syarikat baharu dengan Toyota, ia mula menjadi pengedar Toyota sejak 2015. Lebih empat tahun, ia telah berkembang dan kini membuka cawangan 2S terbaharunya.

Pusat servis itu mempunyai 19 ruangan servis kenderaan dengan staf terlatih. Ia turut mempunyai kelengkapan diagnostik dan Special Service Tools yang diperlukan untuk menyelenggara kenderaan Toyota. Pelanggan boleh menunggu di lounge selesa sementara menunggu kenderaan mereka.

PS Otomobil (Bukit Tinggi) terletak di PT 4720 Jalan Kim Chuan, Pandamaran, 42000 Klang, Selangor Darul Ehsan. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-3323 9398 (jualan) atau 03-3385 2381/010-396 0468 (servis).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here