Ini sebabnya kenapa patut berhenti mengepam minyak selepas klik pertama

42366

Satu daripada kebiasaan pemandu ketika mengisi minyak adalah mengepam sehingga nozel mengeluarkan bunyi ‘klik’ dua atau tiga kali, dengan harapan supaya tangki minyak kereta betul-betul penuh.

Namun, perbuatan anda itu bukan bukan sahaja menyebabkan pembaziran, tetapi boleh mendatangkan kerosakan pada kereta dalam jangka masa panjang?

Menurut Brian Cooley dari Cooley on Cars, apabila teruskan mengepam selepas bunyi klik yang pertama. Ada kemungkinan minyak berlebihan akan melimpah keluar dan lebihan itu akan disalirkan ke tanah melalui satu lubang kecil yang terletak berdekatan dengan lubang tangki minyak.



Selain itu, pada sesetengah pam, minyak berlebihan itu akan disedut ke dalam nozel dan seterusnya masuk semula ke dalam tangki pam stesen. Nilainya mungkin tidak seberapa namun ia tetap satu pembaziran.

Sebab paling penting mengapa anda perlu hentikan tabiat ini adalah kerana ia boleh merosakkan Evaporative Emission Control System (EVAP) kereta.

Ciri ini direka untuk menghalang wap di dalam tangki minyak dari terlepas ke atmosfera dengan menggunakan rangkaian injap, tiub, sensor dan kanister. Keseluruhan sistem ini boleh terjejas jika ia terdedah kepada cecair (minyak) yang mungkin masuk jika tangki diisi secara berlebihan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here