Baru seminggu beli, McLaren P1 dihanyutkan banjir

914

Sedih melihat sebuah McLaren P1 serba baharu bernilai lebih $1 juta (RM4.6 juta) dihanyutkan di jalanan di Naples selepas banjir melanda Florida.

Ribut taufan melanda kawasan tersebut selama 24 jam sehingga memusnahkan beberapa kawasan yang dilaluinya.  



Salah seorang mangsa bencana alam itu, Ernie berkongsi rakaman yang menyayat hati apabila supercar McLaren P1 yang baru seminggu dibeli dihanyutkan banjir. 

Dia sering berkongsi beberapa koleksi kenderaan mewahnya di Instagram namun McLaren P1 paling banyak mendominasi hantaran di laman sosialnya. Bahkan supercar itu hanya merekodkan perbatuan 483km.

Pada petang Rabu, Ernie berkongsi foto kejiranan di Naples yang mana jalanan bertukar menjadi sungai. Garaj rumahnya yang menempatkan McLaren P1 dan Rolls Royce dinaiki air sepenuhnya dan kedua-dua kenderaan itu ditenggelami air.

Dalam catatan terbarunya, hanya bumbung McLaren P1 berwarna kuning terang dapat dilihat. Sebelum taufan melanda, Ernie telah menyiarkan gambar kereta itu dengan kapsyen ‘Kereta bekalan taufan saya #p1’

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here