Lebih 100,000 saman dikeluarkan pada pemandu Singapura, hanya 23.5 peratus bayar

962

Sebanyak 2.2 juta saman yang dikeluarkan Polis Johor sejak 2014, masih tertunggak hingga kini membabitkan pelbagai kesalahan trafik, termasuk yang dikeluarkan terhadap pemandu warga Singapura.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah itu sebanyak 109,758 saman tertunggak melibatkan warga Singapura.

“Sebanyak 23.5 peratus saman warga Singapura ini sudah dijelaskan, manakala 76.4 peratus lagi belum dijelaskan.



“Mengikut statistik, kita mengeluarkan 2.3 juta saman sejak 2014 sehingga kini dan setakat ini hanya 600,000 saman sudah dijelaskan. Antara saman paling banyak adalah memandu melebihi had laju dan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya.

Oleh itu, pihaknya menggesa pesalah trafik yang masih mempunyai saman tertunggak boleh mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.

“Saya gesa masyarakat Johor khasnya, pergilah ke mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang mempunyai balai trafik bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here