Fikry Ibrahim beli Ford Ranger Wildtrak persediaan banjir

1636

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)



Mengambil iktibar daripada musibah yang pernah berlaku di Taman Sri Muda, selebriti Fikry Ibrahim menyiapkan diri membeli sebuah trak pikap Ford Ranger.

Bagaimanapun, 4×4 berkenaan dibeli bukanlah untuk kegunaan dirinya semata tetapi bagi membantu mangsa banjir.

“8 DEC 2021. Banjir di beberapa tempat termasuk Taman Sri Muda. Terkilan sedikit kerana hanya dapat memberi bantuan yang terhad atas beberapa faktor. InsyaAllah tahun ini kita akan lebih bersedia. Semoga semua rakyat Malaysia dilindungi Allah,” tulisnya. 

Dia berkongsi foto bersama trak pikap Ranger berwarna putih dengan nombor plat Q 660. Jika diperhatikan bahagian rim dan muka depan model yang dibeli oleh Fikry merupakan varian Ranger WildTrak.

Ranger WildTrak dipacu oleh enjin 1,996cc bi turbo diesel yang menghasilkan kuasa 210PS @ 3,750rpm dan tork 500Nm @ 1,750-2,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan dengan selectshift.

Harga jualan trak pikap itu bermula daripada RM168,888 dengan anggaran bulan sekitar RM1,725.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memujinya serta mendoakan usaha murninya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here