Pemandu Perodua Kancil dikhuatiri lemas terjun Jambatan Pulau Pinang

892

Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjun dari KM 18 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Pulau Pinang Kedua menghala ke Bandar Cassia, Batu Kawan, petang semalam. 

Mangsa berusia 35 tahun dikatakan meninggalkan kereta Perodua Kancil di tepi tembok bersama telefom bimbit di tempat duduk penumpang depan.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku kira-kira pukul 7.28 petang dan tiba di lokasi kejadian kurang daripada 10 minit kemudian.

“Apabila pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang Kedua itu.

“Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui. Maklumat lanjut berhubung penemuan mangsa akan dikemaskini nanti,” katanya.

Pada 5 Jun lalu, seorang lagi anak muda yang juga individu ke-17 tahun ini dilaporkan bertindak terjun dari KM 7.4 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai dekat sini kira-kira pukul 8.20 pagi.

Mangsa dipercayai dari Kuala Lumpur sebelum itu telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR berwarna merah di atas jambatan berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here