Honda Vario 160 edisi Repsol: Terhad 2,000 unit, harga bermula RM10,498

333

Boon Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan skuter, Honda Vario 160 Edisi Repsol dengan ditawarkan dengan edisi terhad.

Honda Vario 160 Edisi Repsol akan tersedia dalam 2,000 unit di semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara mulai 20 Julai 2023.



Harganya yang disyorkan RM10,498 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. 

Dari segi teknikalnya, tiada apa-apa perubahan yang dilakukan. Ia masih menggunakan enjin 157cc 4-injap dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP+) memberikan kuasa maksimum 15.15hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm. 

Honda Vario 160 menggunakan kerangka enhances Smart Architecture Frame (eSAF) menjadikannya lebih tangkas, selain dilengkapi Anti-lock Braking System (ABS).

Ciri canggih lain termasuk Sistem Kunci Pintu Honda, sistem lampu LED penuh dan pengecas USB.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here