Ducati catat jualan terbaik separuh tahun pertamanya, Multistrada V4 paling laris!

199

Susulan daripada suku pertama yang positif, Ducati menutup enam bulan pertama 2023 dengan melaporkan angka penghantaran yang semakin meningkat.

Pengeluar yang berpangkalan di Bologna itu menyerahkan 34,976 motosikal sepanjang semester itu, sekali gus mencapai pertumbuhan 5 peratus berbanding tempoh yang sama 2022.



Naib Presiden Jualan Global dan Selepas Jualan Ducati, Francesco Milicia berkata, separuh tahun pertama adalah yang terbaik Ducati dari segi penghantaran.

“Kesesakan bekalan yang dialami tahun lepas kini sudah berakhir, tetapi persaingan global dalam pasaran semakin sengit dalam era pasca Covid juga kerana ketersediaan produk yang lebih baik.

“Komitmen kami untuk mengukuhkan kepuasan Ducatisti dari sebelumnya,” katanya.

Pada penghujung suku kedua 2023, Itali kekal di kedudukan utama dalam kalangan pasaran Ducati dengan 6,639 motosikal dihantar dan pertumbuhan 10 peratus berbanding tempoh tahun lalu.

Amerika Syarikat mewakili pasaran kedua terbesar dengan 4,505 motosikal, pertumbuhan 11 peratus berbanding 2022. Jerman berada di kedudukan ketiga, juga memperoleh pertumbuhan 13 peratus dengan 4,217 motosikal dihantar.

Motosikal yang paling dihargai dalam rangkaian Ducati yang lebih luas ialah Multistrada V4 dalam semua versinya dengan 6,382 unit dihantar secara global antara Januari dan Jun 2023. 

Kecemerlangan motosikal naked Ducati, Monster, berada di kedudukan kedua dengan 4,299 motosikal dihantar dunia, manakala di tempat ketiga terdapat keluarga Scrambler Ducati 800 dengan 3,581 motosikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here