Batal kontrak bekalkan kereta kerajaan, syarikat JV Berjaya, Naza saman Kementerian Kewangan

485

Syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada JV itu.

Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, berkata LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan, ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.

Gambar hiasan

“Mereka (kerajaan) menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan bersetuju untuk membelanjakan RM700 juta lebih tinggi (berbanding bidaan JV).



“Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta. Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang terhadap (MoF) berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya.

“Anda akan mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini selepas ini,” katanya. 

Menerusi perjanjian itu, Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 100 kepentingan dalam anak syarikat milik penuhnya, Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro) kepada Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza) untuk pertimbangan tunai RM700 juta.

Mengulas lanjut, Tan berkata, bidaan yang dilakukan oleh JV tersebut ketika itu adalah yang paling rendah dalam kalangan pembida.

Katanya, ketika itu Naza memiliki 51 peratus kepentingan di dalam JV dan 49 peratus oleh Berjaya.

“Pegangan kepentingan dalam JV ini telah berubah, dengan Berjaya kini memegang 40 peratus kepentingan. Harapannya supaya kami akan mendapat keputusan yang memihak daripada mahkamah nanti,” katanya.

Spanco menyelenggara barisan kenderaan kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018.

Kerajaan ketika itu membuat tender secara terbuka dengan meminta pihak yang berminat untuk mengemukakan permohonan cadangan (RFP) mengenai konsesi berkenaan.

Selain Spanco serta JV antara Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, syarikat lain yang menyertai bidaan itu ialah DRB-Hicom Bhd dan Samling Group.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here