Selepas Thailand, Honda Malaysia buka tempahan City Facelift

273

Honda Malaysia kini membuka tempahan sedan segmen-B, Honda City facelift (2023).

Bakal dilancarkan suku ketiga tahun ini, City menerima pembaharuan signifikan agar kekal segar dan relevan di pasaran. 



Honda City e:HEV RS baharu lebih panjang menerusi reka bentuk bampar yang dikemaskini, berukuran panjang 4,589mm; lebar (1,748mm) dan tinggi (1,467mm).

Naik taraf lain yang didatangkan pada City RS adalah gril ‘honeycomb’, gril bawah, diffuser dan skirting sisi serta lencana ‘RS’ baharu. 

Selain itu, penampilan sporty City RS kini diserlahkan dengan padanan bampar depan dan belakang baharu serta rim aloi dua rona warna bersaiz 16-inci.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata sehingga kini lebih daripada 68,600 unit City generasi kelima terjual sejak pelancaran.

“Dalam tempoh separuh tahun ini, kami sudah menjual 10,000 unit Honda City. Model ikonik Honda ini telah terbukti menjadi kegemaran dalam segmennya dalam kalangan rakyat Malaysia,” jelasnya.

Di samping itu, City e:HEV RS turut didatangkan dengan dua ciri keselamatan baharu melengkapkan rangkaian keselamatan Honda Sensing:  

  1. Low Speed Follow (LSF)*Baru
  2. Lead Car Departure Notification (LCDN)*Baru
  3. Kawalan Kruise Adaptif (ACC)
  4. Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  5. Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  6. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  7. Road Departure Mitigation (RDM) 
  8. Lane Departure Warning (LDW)
  9. Lampu tinggi automatik  (AHB)

City RS dijana oleh trenkuasa i-MMD baharu yang mampu menjana tork 253Nm iaitu setaraf degan enjin 2.5-liter aspirasi semulajadi.

Unit i-MMD (dikenali sebagai e:HEV di peringkat global) terdiri daripada enjin 1.5-liter berkuasa 98hp dan tork 127Nm  dengan penggunaan bahan api sekitar 4.8 liter/100km.

Enjin ini dibantu oleh motor elektrik berkuasa 108hp dan tork 253Nm, memberikan City RS output tertinggi dalam kelasnya.

Ingin menempah atau mengetahui maklumat terperinci tentang City facelift?, anda boleh layari laman web Honda atau download aplikasi HondaTouch.






APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here