Utamakan kereta Proton bagi kegunaan menteri – Ketua Setiausaha Perbendaharaan

2680

Kerajaan memberi keutamaan kepada penggunaan kereta Proton bagi kegunaan Menteri dan Timbalan Menteri.

Perkara itu dinyatakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang menjelaskan kenderaan rasmi kerajaan bukannya Toyota Vellfire seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini.

 kereta Proton



“Proses rundingan sedang dilaksanakan bersama pembida untuk memuktamadkan konsesi bagi pengurusan fleet kenderaan Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Janji niaga itu akan menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire dan bukannya kereta Proton, untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

 kereta Proton

Pelantikan syarikat baharu itu berikutan kontrak Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai pengendali rangkaian kenderaan kerajaan tamat hujung tahun lalu.

Ahmad Badri menjelaskan sejak 30 Oktober 1993, konsesi Fleet Kenderaan Kerajaan telah diuruskan oleh Spanco melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan. Perjanjian itu telah tamat pada 31 Disember 2018.

Katanya, bagi menguruskan fleet kenderaan kerajaan pada masa depan, telah diputuskan supaya syarikat konsesi dipilih secara permohonan bagi cadangan (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir

Jelas beliau jawatankuasa penilaian tender yang dianggotai oleh penjawat awam kanan dari pelbagai agensi terbabit sebagai penilai termasuk Jabatan Kerja Raya, Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta serta Kementerian Kewangan sebagai peneraju utama.

Seterusnya, jawatankuasa itu telah memilih pembida yang layak untuk dipertimbangkan sebagai syarikat konsesi yang baharu.

Susulan itu, katanya jawatankuasa penilaian tender itu sudah membentangkan keputusan itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here