11 koleksi kereta mewah Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan

2240

Nama Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sudah tidak asing lagi di seluruh dunia. Nama mereka juga sangat terkenal di Malaysia.

Adakah anda masih ingat filem Kabhi Kushi Kabhie Gham yang popular pada tahun 2000-an di Malaysia? Kareena adalah salah seorang pelakon dalam filem itu. Begitu juga filem 3 Idiot tidak kurang terkenal.



Pelakon berusia 38 tahun itu juga terkenal dengan cita rasa automotifnya. Kereta mewah Kareen Kapoor dan suaminya, Saif Ali Khan kebanyakannya kereta dari jenama Eropah.

Daripada senarai koleksi kereta mewah mereka, terdapat hanya beberapa kereta Jepun seperti Honda CR-V dan SUV Lexus. Berikut adalah senarainya:

1. Audi R8 Spyder

 Kareena Kapoor

Suami Kareena, Saif dikenali sebagai peminat kereta dan mempunyai garaj kereta yang besar. Saif, yang juga berkecimpung dalam dunia hiburan, mempunyai Audi R8 Spyder convertible. Saif sering dilihat memandu kereta mewah itu. Kareena juga sering dilihat di dalam kereta yang sama.

Audi R8 Spyder dikuasakan oleh enjin V10 5.2-liter yang mampu menghasilkan 532hp dan 530Nm tork. 

2. Shelby Mustang

Pasangan suami isteri juga mempunyai Shelby Mustang. Mustang milik Saif bukanlah versi Ford. Mustang Saif adalah generasi tertua dan kini tidak lagi dikeluarkan di pasaran.

3. Mercedes-Benz S-Class

Saif dan Kareena membeli Mercedes-Benz S-Class bewarna kelabu varian S 350 diesel yang baru. Sedan ini dilengkapi dengan enjin V6 3.0L. Pasangan ini sering dilihat memakai sedan Mercedes ini.

4. Range Rover Vogue

SUV yang dimiliki Saif adalah Range Rover Vogue. Kereta ini kelihatan jarang digunakan. Pasangan Saif dan Kareena mungkin hanya menggunakan kereta keluaran pengilang dari British ini sekali-sekala.

5. BMW 7-Series

 Kareena Kapoor

Selain Mercedes, Kareena dan Saif juga mempunyai jentera keluaran BMW, iaitu 7-Series. BMW 7-Series milik Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan adalah versi 750Ld diesel. 

6. Mercedes E-Class

Mercedes lagi? Ya, pasangan ini juga mempunyai jentera terlaris dengan penjualan terbaik di kelas sedan mewah.

7. Jeep Grand Cherokee SRT

Jeep Grand Cherokee SRT milik Saif dikatakan model yang paling berkuasa di India. Kereta ini adalah hadiah dari Jeep India untuk Saif.

8. Audi Q7

 Kareena Kapoor

Kareena juga memiliki Audi Q7, yang kelihatan lebih kerap digunakan daripada S-Class dan 7-Series. Audi Q7 adalah produk flagship Audi di pasaran India.

9. Lexus LX 470

 Kareena Kapoor

Dua tahun lalu, Lexus LX 470 menjadi kereta yang paling sering digunakan oleh Kareena dan Saif. SUV besar ini bukanlah model yang terbaru. Kini Kareena dilihat jarang menggunakannya.

10. Honda CR-V

 Kareena Kapoor

Satu lagi SUV Jepun dalam koleksi Saif dan Kareena Kapoor ialah Honda CR-V. SUV ini lebih banyak digunakan oleh anak perempuannya, Sara Ali Khan. Di India, Honda CR-V hanya terdapat dalam versi enjin petrol.

11. Range Rover Sport

 Kareena Kapoor

Selain Vogue, Kareena Kapoor juga memiliki Range Rover Sport. SUV ini dikatakan versinya yang terkini. Kareena sering dilihat menggunakan Range Rover Sport putih, dengan anaknya Taimur.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here