Tesla Model Y kini boleh ditempah, harga bermula RM199,000

755

Tesla mengumumkan bahawa SUV Model Y elektrik sepenuhnya kini boleh didapati untuk tempahan di Malaysia di tesla.com/en_my/modely / tesla.com/en_my hari ini, pada harga bermula daripada RM199,000.

Model Y ialah SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5 bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.  

Seperti setiap kenderaan Tesla, Model Y menjanjikan gandingan terbaik dari segi jarak perjalanan, prestasi, keselamatan dan teknologi.  



Sebagai SUV saiz sederhana, Model Y mempunyai ruang kargo 2100 liter yang menyediakan tempat duduk dan ruang simpanan serbaguna untuk sehingga 5 penumpang dengan bagasinya. 

Dengan motor yang amat responsif, Model Y memerlukan hanya 3.7 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dengan jarak perjalanan sehingga 533 km (WLTP) bagi setiap pengecasan.  Model Y dilengkapi dengan bumbung kaca sepenuhnya, autopandu, ciri-ciri keselamatan aktif dan sistem penapisan HEPA. 

Bermula daripada harga RM199,000, Model Y boleh didapati dalam versi Model Y (Pacuan Roda Belakang), Model Y Jarak Jauh dan Model Y Prestasi Tinggi. 

Kenderaan ini dijangka akan mula diserahkan kepada pelanggan pada awal 2024.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here