Masalah bunyi ketukan pada enjin, pemilik kecewa Proton X70 (CBU) 5-bulan tersadai di SC

863
Kebanyakan pengguna menggantikan kereta lama dengan yang baharu kerana inginkan ketenangan minda.
 
Bagaimanapun, jika kereta baharu turut mengalami masalah sama misalnya defek atau isu besar yang melibatkan mekanikal, tentunya akan ada rasa penyesalan. 
 

Bagaimanapun, defek kenderaan baharu ini mengikut ‘nasib’. Ada yang  tiada masalah, ada yang mengalami defek kecil dan ada juga yang terpaksa berulang ke pusat servis membaiki masalah berulang.
 
Cuma apabila kenderaan mencapai usia 5-tahun, lain pula ceritanya. Seperti mana pemilik Proton X70 versi import (CBU) ini.
 
Begitu lama memendam rasa, akhirnya Chris Lee meluahkan rasa kecewa dan berkongsi masalah yang dihadapinya di grup Facebook Malaysia X70 Community (MYX70COM).
 
 
“Hai semua, saya tidak tahu di mana lagi saya boleh menyalurkan kekecewaan saya, telah menghantar banyak e-mel kepada Perkhidmatan Pelanggan Proton,” tulisnya membuka bicara.  
 
SUV miliknya tersadai di pusat servis (SC) Proton sejak 27 Disember tahun lalu iaitu kira-kira lima bulan. Kereta tersebut ditunda kerana timbul gejala ‘ketukan’ pada enjin. 
 
“Kereta masih dalam waranti untuk tahun yang terakhir. SC beritahu saya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki.
 
“Selepas berbulan-bulan cuba mencari masalah iaitu hanya dengan mendiagnosis bunyi klunking dari enjin tanpa membongkar enjin kereta saya dengan teliti, (pusat servis tempatan mendapat nasihat daripada Ibu Pejabat Utama Proton dari semasa ke semasa melalui aplikasi pemesejan untuk membantu menyelesaikan masalah kereta saya).
 
“SC membuat kesimpulan bahawa memang komponen VVT ekzos dan komponen VVT intake adalah kerosakan utama yang menyebabkan masalah X70 saya. Kedua-dua alat gantian tiba pada pertengahan April 2023,” kongsinya.

SELEPAS BONGKAR ENJIN, TEMUI PUNCA SEBENAR

Mekanik menyambung semula kerja baik pulih selepas Hari Raya Aidilfitri dan menemui beberapa serpihan logam dalam kuali minyak enjin dan menemui punca kepada masalah bunyi ketukan berkenaan. 
 
“Mereka memaklumkan Proton HQ mengenai dapatan baru ini dan di sinilah seterusnya SC mengambil keputusan untuk membongkar enjin kereta saya untuk mengetahui masalah utama dan mendapati bahawa masalah utama kereta tersebut adalah pada ‘thrust washer crankshaft bearing’,” jelasnya.
 
Justeru itu, pusat servis menempah alat ganti baharu namun barangan berkenaan masih belum tiba (sehingga hantaran itu ditulis). 
 
Situasi berkenaan menyukarkan pergerakkan Chris Lee yang mana dia perlu meminjam kereta daripada saudara untuk urusan harian yang mana akhirnya membeli kereta kedua bagi memudahkan pergerakkan. 
 
Proton X70 CBU diperkenalkan ke pasaran tempatan pada penghujung 2018 sebelum pengenalan versi pemasangan tempatan.
 

Model itu menampilkan enjin 1.8L TGDi yang menjana kuasa 181hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,500 – 4,000rpm. 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here