“Barang kena tunggu dari china 1 bulan lagi” – Isu Proton X70 Azhan Rani ‘jerking’

2212

Baru-baru ini, azhan Rani meluahkan rasa kecewa selepas Proton X70 miliknya mengalami masalah sengguk (jerking) pada kotak gear kereta.

Keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa meninggalkan kereta itu di Pusat Servis untuk dibaik pulih dalam tempoh yang tidak diketahui bila akan selesai.



Namun, melalui perkongsian terbaharu di Instagramnya memaklumkan bahawa Pusat Servis Proton masih menunggu alat ganti dari China yang mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.

“Barang kena tunggu dari china katanya. 1 bulan lagi, bulan ni aku bayar parking kat situ je la,” katanya menerusi Instagram.

Menurutnya, dia boleh menggunakan kereta tersebut jika mahu tetapi masih dalam keadaan sengguk-sengguk. Namun dengan keadaan dirinya selepas mengalami kemalangan hanya menyusahkan orang lain sekiranya apa-apa berlaku.

“Lain kali kalau semua spare part ada kat china toksah la jual kereta ni kat malaysia. kalau kereta aku sorang je yang ada masalah takpe la jugak.

“Eh panjang pulak skrip aku petang ni. Dah la..buat la apa yang patut. Sementara aku hidup lagi ni tolong la siapkan, jangan la tambah sakit aku yang tengah sakit lagi ni,” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here