Media asing puji juruterbang MAS berjaya mendarat kemas ketika taufan

23626

Baru-baru ini, tular beberapa klip video di media sosial, yang memaparkan sebuah  kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Heathrow, London ketika taufan melanda negara itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang Youtuber Big Jet TV, pendaratan yang cantik itu dapat dilihat secara langsung semasa London berdepan dengan taufan Eunice itu.



Tontonan video tersebut di YouTube Big Jet TV kini telah mencecah tujuh juta penonton dalam masa satu hari.

Selain itu, dalam video tersebut juga kita dapat mendengar suara seorang lelaki yang memuji kecantikan kapal terbang MAS semasa merakam pendaratan kapal terbang tersebut.

Sememangnya tugas utama juruterbang adalah untuk memastikan keselamatan penumpang. Sekiranya terdapat kecemasan semasa pesawat sedang dalam penerbangan, juruterbang diperlukan untuk membentuk dan melaksanakan pelan dengan cepat supaya kapal terbang kembali ke tanah dengan cara yang paling selamat.

Apabila juruterbang mendarat dengan sangat baik, ia secara langsung dapat mengelakkan dari berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini, lebih-lebih lagi semasa taufan melanda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here