Suzuki Malaysia bakal lancar GSX-R 150, harga bermula RM11k

1717

Suzuki Malaysia bakal melancarkan model terbaharu di pasaran tempatan dengan bertemakan “The Road Conqueror” yang bermaksud “Penakhluk Jalan”.

Perkara itu dimaklumkan di laman Facebook Suzuki Malaysia yang memaparkan imej teaser terkini mengenai pelancaran model baharu tidak lama lagi.



Dengan munculnya imej teaser “The Road Conqueror” itu maka dapat dikatakan bahawa khabar angin pelancaran ketiga-tiganya itu adalah benar, dimana ketiga-tiga model tersebut ialah Belang R150, GSX-R150 dan GSX-S150.

Setiap daripadanya dikuasakan enjin DOHC bersesaran 150cc. Secara tidak langsung, memberikan lebih pilihan kepada peminat di pasaran tempatan.

Jentera tersebut bakal dijual pada harga bermula RM11,XXX.00, bagaimanapun, para penggemar jentera jenama Suzuki perlu bertahan sehingga hari pelancaran sebenar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here