Tidak terkejut litar mandalika ada masalah, ini penjelasan bekas CEO litar sepang

988

Razlan Razali, merupakan bekas CEO di litar Sepang, berkata dia tidak terkejut litar Mandalika mengalami masalah ketika sesi percubaan pramusim MotoGP 2022 sebelum ianya berlangsung pada 18-20 Mac 2022.

Bekas CEO di litar Sepang, Razlan Razali

Razali mengatakan litar Sepang juga mengalami situasi yang sama ketika pertama kali ia digunakan pada tahun 1999.

“Litar Mandalika mengingatkan saya ketika litar Sepang kali pertama dibuka pada 1999, setiap litar baru memiliki kesulitan masing-masing, kerana memang trek masih baru,” kata Razali. 



Litar Mandalika yang menerima kritikan banyak pihak khususnya para pelumba, namun Razali tetap yakin Litar tersebut tetap akan berjaya digunakan sebaiknya menjelang perlumbaan sebenar nanti.

“Ketika kami melakukan percubaan di sana (Mandalika), saya dapat merasakan suasana yang bagus, kegembiraan, rasa ingin tahu dan keramahan penduduk pulau itu,” tambah razali.

Selain itu, pihak kontraktor pembangunan litar Mandalika juga menjamin kualiti keadaan litar tersebut akan dipertingkatkan sebelum ianya berlangsung pada 18-20 Mac 2022 nanti.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here