New York mempunyai mikrofon tersembunyi untuk beri saman ekzos bising

1130

New York City terkenal dengan jalan raya dan jalan-jalannya yang sibuk, dan tindakan keras akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang diubah suai.

Antara saman yang tertinggi terhadap pemilik kenderaan adalah bunyi ekzos kereta yang kuat, terbaharu polis di bandar tersebut mengesan kelajuan sesebuah kenderaan melalui bunyi.



Sepertimana yang dimuat naik di Facebook Lowered Congress, sebuah kenderaan BMW M3 dikenakan saman kerana melanggar peraturan bunyi ekzos yang ditetapkan.

“Bandar New York berada di tahap yang gila sekarang”

Notis itu menyatakan bahawa meter bunyi telah merekodkan paras bunyi tertinggi semasa kereta tersebut dipandu dan jelas paras bunyi tersebut melanggar undang-undang.

Namun, menurut sumber ia tidak dapat mengenalpasti sama ada kenderaan tersebut diubah suai atapun standard kilang, tetapi notis tersebut merupakan saman amaran kedua daripada Jabatan Alam Sekitar New York.

Pemilik BMW tersebut dikenakan saman sebanyak, USD875 (RM3,662) atas kesalahan memandu kenderaan melebihi paras bunyi yang ditetapkan.

Undang-undang tersebut sebenarnya daripada program perintis yang mula dilaksanakan tahun lepas, namun masih tiada sebarang pengumuman undang-undang tersebut dilaksanakan.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here