Kesal masalah jerking kotak gear tak selesai, pemilik X70 ini hantar surat peguam kepada Proton

2787

Seorang pengguna Proton X70 difahamkan menghantar surat peguam kepada Proton selepas bengang dengan masalah sengguk (jerking) yang dialami pada kotak gear keretanya.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik pada Facebook X70OCM (Proton X70 Owner Club),   Summer Yippie Yap menyatakan “Fed up already with the jerking issue. Sending lawyer letter to Proton Cars, just a complaint letter guys.” 



(Kesal dengan masalah jerking, hantar surat peguam kepada Proton Cars, hanya surat aduan gais).

Berdasarkan hantaran bersama imej surat peguam itu Summer bersama lima rakannya menggunakan khidmat firma guaman Tan, Tan & Tan Associates yang beralamat di Taman Desa Kuala lumpur.

Surat bertarikh 22 Disember 2021 itu dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar di Centre of Excellence, Subang Jaya, Selangor. Bagaimanapun, tajuk atau isi surat  tidak didedahkan. 

Berdasarkan tinjauan status akaun Facebook Summer, dia menghadapi masalah kotak gear jerking sejak tahun lalu dan isu tersebut difahamkan tidak dapat diselesaikan sehingga artikel ini ditulis.

Pada pertengahan tahun ini, Summer ada bertanyakan kepada pemilik X70 model import (CBU) sama ada berdepan dengan gejala getar dan tersekat-sekat apabila kotak gear bertukar ke gear empat ketika kereta diperlahankan tanpa membrek. 

Summer juga menjelaskan situasi itu berlaku sekali sekali namun semakin kerap. Selain itu, Summer turut berkongsi masalah tersebut tahun lalu dan sudah menjalani beberapa peringkat diagnosis daripada pihak Proton.

Berdasarkan pemerhatian kami, Summer bahkan mengemaskini setiap masalah selepas mendapat jawapan daripada Proton.

Misalnya kejadian tahun lalu yang mana dia menjelaskan isu jerking adalah normal menurut ujian peranti elektronik. 

“Jadi, gear 2 ke 3; 3 ke 4, masih terdapat jerk yang ketara khususnya masa mula pandu pada waktu pagi, selepas itu kurang jerk tetapi masih ada gejala jerking. Ya saya dah panaskan enjin waktu pagi sebelum drive,” jelasnya.

Bagaimanapun dia turut mengucapkan terima kasih kepada Farhan dan Roslan daripada Proton yang memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi. 

Sementara itu, hantaran surat peguam yang dimuatnaik Summer sejak 22 Disember lalu mendapat 1,000 likes dan 100 komen dan 41 perkongsian.

Antara komen yang dikongsi orang ramai:

“Seram. Baru bape lama pakai dh kena jerking tu.”

“Finally… Maybe you should gather all the x70 owner then highlight the other issues as well.”

“Please bring up also that the warranty for gearbox is nonsense at 3 years or 60k km whichever first for CBU unit.”

“I probably should have done that when I waited 7 months for the air con compressor. Too late now. Sold off.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

2 KOMEN

  1. Saya mempunyai masalah yg sama (jerking) utk Proton X70 thn 2019. Bila tekan minyak je akan jerk & reported to proton but problem not solve until today. What should we do as proton owner. Pls advise. Tq

  2. Proton x70 saya pun jerking bila hantar dkt pusat servis proton dia bagitau injin maungting rosak bila dh tukar masih jerking lagi last pusat servis tu ckp biasa la kereta Cina

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here