MIROS: Jangan baiki kereta rosak di lorong kecemasan lebuh raya

2091

Semua pengguna lebuh raya disaran tidak cuba membaiki kenderaan rosak di lorong kecemasan, sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya bagi mendapatkan bantuan.

Demikian saranan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh ekoran peningkatan kadar kemalangan di lebuh raya melibatkan penggunaan lorong kecemasan.



Pengguna lebuh raya dinasihatkan mengambil iktibar daripada peristiwa kehilangan 10 nyawa di Lebuhraya Elite, membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu dan lapan anaknya serta seorang lelaki yang juga mekanik.

Dalam kejadian itu, sebuah treler dipercayai merempuh tiga kereta berhenti di lorong kecemasan kerana satu daripada kenderaan itu mengalami kerosakan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam.

“Cubaan membaiki kenderaan ataupun menukar tayar di lorong kecemasan lebuh raya amat berbahaya.

“Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan bagi mengelak kehilangan nyawa. Jika tiada nombor telefon pengendali lebuh raya, ia boleh diperoleh melalui carian Google.

“Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan rosak ke kawasan rehat berhampiran, manakala semua penumpang pula perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan,” kata Datuk Suret Singh.

Selain itu, disarankan perlu memasang lampu kecemasan, letak ‘segitiga pantul cahaya’ atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan, menyimpan baju pantul cahaya untuk digunakan pada waktu malam jika berlaku kerosakan.

Tujuan tersebut bagi membolehkan pemandu lain dapat melihat kenderaan rosak diletakkan di lorong kecemasan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here