Habis ribuan ringgit, Wak Doyok transform tak pikap Ranger jadi F-150 Raptor

11080

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azman Md Nor selaku seorang ikon fesyen dan juga usahawan tempatan, Wak sudah semestinya mempunyai cara yang tersendiri untuk mempromosikan dirinya di media sosial.

Salah satu caranya ialah dengan mengambil foto bersama sebuah kereta mewah, namun siapa sangka wak yang selalu segak bergaya kemas rupanya minat dengan kenderaan lasak 4×4.



Menerusi temu bual eksklusif bersama Maskulin, Wak berkongsi perubahan yang dilakukan pada trak pikapnya yang menelan belanja ribuan ringgit bagi menjadi sebuah F-150 Raptor. Katanya, dia sanggup menggunakan pengangkutan awam daripada menggunakan trak pikap tersebut jika hujan.

Ford F-150 Raptor sebenarnya direka khas untuk pasaran Amerika dan harga model tersebut di Malaysia sekitar RM 788,000. 

Ford F-150 Raptor dilengkapi spesifikasi agak tinggi iaitu casis heavy-duty untuk pemanduan lasak, enjin dan transmisi yang membekalkan kuasa untuk saiz badannya, suspensi prestasi tinggi Fox Racing, dan banyak lagi ciri-ciri mewah serta praktikal.

Menurut Wak Doyok hampir keseluruhan bahagian F-150 Raptor tersebut  ditukar secara kustom namun ia tetap mengikuti spesifikasi ditetapkan oleh kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Untuk kelihatan lebih segar, hampir kesemua bahagian luar khususnya bahagian depan dilengkapi kemasan  gentian karbon yang ditransformasi berdasarkan Ford Raptor versi 2016 seperti bampar daripada gentian karbon, lampu LED acah Optimus Prime, dan lampu utama merupakan lampu original daripada model tersebut.

Selain itu, F-150 Raptor tersebut dilengkapi pemijak kaki sisi automatik dan rim 20-inci yang dianggarkan sekitar RM25,000 keseluruhan serta stereng dan tempat duduk menggunakan kemasan kulit Nappa berwarna hitam.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here