Polis rampas Mercedes-Benz dikatakan baru dibeli 30 minit

3071

Sebuah Mercedes Benz dirampas oleh Polis Berlin, Jerman baru-baru ini kerana dipercayai melakukan modifikasi tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kenderaan itu dirampas pada 16 Disember lalu itu dalam satu operasi yang menfokuskan kereta yang diubah suai dan lumba haram.

Mercedes-Benz C-Class standard

Namun, pemilik memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dia baru sahaja membeli kereta itu dalam 30 minit dan tidak tahu apa-apa berhubungnya.



Berdasarkan paparan Facebook Polis Berlin, Mercedes-Benz C-Class itu dikatakan menggunakan rim rosak dengan tayar berbeza profile, penggunaan spoiler yang tidak didaftarkan dan banyak lagi.

Bagaimanapun tidak pasti tentang tahap pengubahsuaian pada kenderaan itu. Berdasarkan gambar itu, kenderaan berkenaan menggunakan peresap belakang dan paip ekzos empat muncung menunjukkan bahawa ini boleh menjadi Mercedes-AMG C63 (W204) pra-facelift yang dijual antara 2008 dan 2011. 

Sekiranya kenderaan itu dalam kondisi standard, C63 menggunakan enjin 6.2 liter V8 NA yang menghasilkan 451 hp dan tork setinggi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here