Zontes lancar tiga siri ZT155 ke pasaran tempatan, harga RM10k

1661

Zontes Malaysia memperkenalkan siri ZT155 ke pasaran tempatan. Di bawah siri berkenaan Zontes menawarkan ZT155-G (scrambler), ZT155-U1 (motard mini) dan ZT155-U (naked bike) bagi memenuhi pelbagai citarasa pelanggan.

Harga jualan bagi model tersebut bermula daripada RM10,800 seunit. Kesemua model berkongsi janakuasa sama iaitu 155c 4-lejang penyejukan air yang menghasilkan kuasa 18.8hp @ 9,250rpm dan tork 16Nm @ 7,500rpm. 

Enjin yang sudah mematuhi regulasi Euro5 itu dipadankan dengan sistem pancitan bahan api Bosch EFI dan transmisi 6-kelajuan. Selain itu, kesemua varian ditawarkan dengan panel meter digital penuh dengan reka bentuk yang sama.



Panel meter tersebut memaparkan pelbagai maklumat antaranya meter kelajuan, takometer, baki minyak dan trip perjalanan. Untuk tunggangan lebih selesa ada dua mod ditawarkan iaitu Sport dan Eco serta port USB untuk pengecasan telefon pintar. 

Semua varian menggunakan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dan dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Ketiga-tiga varian memiliki ketinggian pelana 830mm dan berat jentera 117kg. Saiz tangki minyak pula, ZT155-G memiliki saiz 20 liter manakala ZT155U dan ZT155UI pula bersaiz 12.5 liter.

Dari segi rekaan,  ZT155-G menggunakan lampu utama bulat sementara ZT155U dan ZT155UI lebih moden. Jarak lega bumi model scrambler ialah 190mm, naked bike (185mm) dan motard mini (215mm).

Demi ketenangan minda pemilik, Zontes ZT155 ditawarkan dengan waranti 3 tahun. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here