Unsung hero, geng rider hantar bantuan banjir ke kawasan orang asli yang tidak boleh diakses 4×4

1650

Unsung hero atau wira tak didendang merupakan golongan yang sering melakukan kebaikan untuk masyarakat tetapi kurang mendapat perhatian, contohnya seperti rider atau penghantar makanan.

Sepertimana menerusi satu perkongsian di Twitter @rabkairahas, memaparkan puluhan rider berkonvoi menghantar pelbagai bantuan banjir ke perkampungan orang Asli, di Hulu Langat, Selangor. 



Tindakan rider tersebut menerima pujian daripada warganet atas tindakan murni mereka yang sanggup datang dari jauh untuk memberi bantuan walaupun hanya menggunakan motosikal.

Kumpulan rider berkenaan terdiri daripada pelbagai syarikat penghantaran antaranya Grab, Food Panda, Shopee Food dan Lalamove, yang turut serta membantu badan kebajikan  menghantar makanan dan keperluan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.

Difahamkan kenderaan pacuan empat roda tidak dapat memasuki ke kawasan tersebut, kerana jalan yang dilalui juga agar sukar apabila terpaksa melalui selut hingga ke paras lutut dan mendaki bukit curam. 

Selain itu juga, difahamkan itulah keadaan yang dilalui oleh rider setiap hari untuk menghantar makanan kepada penduduk Orang Asli di Hulu Langat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here