Smart #1 kini boleh ditempah, harga mula RM200k

365
 
Smart Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan model Smart #1 menerusi tiga pilihan varian Brabus, Pro dan Premium.
 
Bagaimanapun, harga kereta elektrik (EV) tersebut masih belum didedahkan. Smart Malaysia hanya memberikan harga anggaran bermula daripada RM200,000 (varian asas) hingga RM250,000 (versi tertinggi).
 
 
Tempahan boleh dilakukan menerusi aplikasi Hello Smart dengan deposit RM1,000. Bagi 501 pelanggan pertama akan menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui aplikasi Hello Smart. 
 
Ia akan dikreditkan ke akaun pemilik selepas menerima Smart #1. Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk yang bergaya manakala Brabus pula adalah versi prestasi tinggi yang lebih sporty. 
 

Varian Smart #1 Pro menampilkan rim aloi 19-inci daya seretan rendah, bumbung halo panoramik dan bateri LFP 49kWh dengan jarak perbatuan 315km.

Varian Smart #1 Premium pula menawarkan ciri tambahan termasuk CyberSparksLED + Matrix, gril depan bercahaya dan bateri NMC 66kWh. Ia dilengkapi dengan motor tunggal yang berkuasa 200kW dan tork 343Nm serta pacuan roda belakang dengan jarak perbatuan 440km.

Varian Smart #1 Brabus pula dipadankan dengan dua motor pacuan semua roda yang berkuasa 315kW dan tork 543Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.9 saat. Manakala  jarak perbatuan adalah 400km.



Versi prestasi tertinggi itu menerima kemasan eksklusif ‘Brabus’ dan warna badan dengan tujuh kombinasi berbeza.

Jika memilih bumbung Radiant Red, pembeli boleh memilih warna badan Atom Grey – Matte, Meta Black dan Cyber Silver. Jika bumbung hitam, ia boleh dipadankan dengan warna badan Digital White, Laser Red dan Cyber Silver. Tidak ketinggalan warna monoton Atom Grey – Matte.

Versi Pro pula boleh ditempah dengan warna badan Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, dan Future Green. Selain lima warna asal, Premium turut menawarkan Atom Grey – Matte dan Lumen Yellow.

Bagi upholsteri dalaman, Pro menampilkan kemasan standard “After Dark”, manakala varian Premium pula “Dark Matter” dua tona putih dan hitam, dan kedua-duanya menampilkan bumbung Eclipse Black kecuali Atom Grey, pilihan warna matte yang menerima bumbung berwarna badan.

Pelanggan boleh menghubungi pengedar rasmi Smart bagi mengetahui lebih lanjut tentang Smart #1 atau muat turun Aplikasi Hello Smart daripada Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk menempah dan memperibadikan Smart #1.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang EV tersebut, sila layari laman web Smart. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here