
Pada acara Malaysia Autoshow (2025) yang berlangsung sehingga Khamis ini, Smart Malaysia secara rasmi membuka tempahan Smart #1 BRABUS Edisi Terhad yang dibangunkan dengan kerjasama BRABUS Kuala Lumpur.
Edisi Terhad itu didatangkan dengan ciri peralatan tambahan :
- Dilengkapi dengan kit aerodinamik BRABUS khas, termasuk spoiler depan dan belakang, sisipan fascia depan dan diffuser belakang.
- Lebih rendah dengan spring sport yang mengurangkan ketinggian sebanyak 35mm untuk pengendalian yang lebih baik.
- Rim BRABUS Monoblock Z bersaiz 19 inci.
- Ruangan kabin menerima jahitan kontra merah BRABUS, pipings dan kemasan eksklusif, serta plat pelindung BRABUS dan penutup pedal aluminium.
- Harga rasmi dijangka akan diumumkan menjelang Jun 2025.
Sebagai insentif tambahan, pengunjung yang membuat tempahan kenderaan Smart di MAS 2025 akan menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif, termasuk akses awal untuk ujian pandu smart #5, kit bampar BRABUS percuma untuk tempahan smart #1 BRABUS terpilih, serta rebat tunai 10 peratus serta empat tahun perkhidmatan percuma untuk model smart #1 dan smart #3 (mengikut terma dan syarat).
GALERI