China perkenal versi naiktaraf Tesla Model Y, harga kekal

372

Tesla memperkenalkan versi naiktaraf Model Y di pasaran China pada harga mula CNY 263,900 (RM170,307). 

Versi lebih segar itu menerima beberapa penambahbaikan termasuklah:



  • Pencahayaan ambien 256-warna seperti mana Model 3 baharu
  • Kemasan papan pemuka baharu menggunakan bahan tekstil
  • Rekaan baharu rim 19-inci kini berwarna hitam berbanding perak sebelumnya
  • Prestasi juga ditingkatkan yang mana pecutan 0-100kmj kini dicapai dalam tempoh 5.9 saat, lebih pantas 1.0 saat berbanding sebelumnya

Bagaimanapun, rangsangan kuasa itu hanya terpakai pada versi standard Model Y. Manakala pecutan dan kuasa Long Range dan Performance kekal sama.

Selain itu, Model Y tersebut masih dilengkapi dengan Tesla Hardware 3 bukannya tahap 4. 

Model Y standard kini mampu menawarkan pemanduan sejauh 554km yang mana peningkatan sebanyak 9km. Model Y Long Range pula menawarkan perbatuan sejauh 688km (+28 km). Model Y Performance kekal tidak berubah. 

Versi naiktaraf berkenaan mengekalkan penampilan sebelumnya dan semua konfigurasi lainnya. 

Tesla kini menjual tiga versi Model Y di China dan harga kekal tidak berubah walaupun menerima penambahbaikan:

  • Standard : CNY 263,900 (RM170,307)
  • Long Range : CNY 299,900 (RM193,539)
  • Performance : CNY 349,900 (RM225,806)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here