Pemilik Axia baharu mengeluh penutup minyak sukar dibuka, flywheel ‘pecah’

5386

Seorang pengguna Facebook mengeluh sukar untuk membuka penutup minyak dan turut mengalami isu flywheel ‘pecah’ di Grup Facebook Perodua Axia D74A 2023.

“Kepada pengguna Axia..berhati-hatilah ye..sebab Axia model ni banyak kena tangki minyak susah bukak..flywheel mudah pecah..kereta saya dah kena,” kongsinya.



Menerusi hantaran itu, beberapa pemilik Axia baharu yang terkesan turut berkongsi pengalaman yang sama di ruangan komen. 

Menurut Khairul Khainechi, kes yang berlaku pada dirinya bukanlah yang pertama bagi Axia. 

“Bukan first dah, kat tempat saya…saya orang ketiga dah kena. SC cakap pecahje, pastu part kecikpun sama,” jawabnya di bahagian komen. 

Sebelum kejadian, Khairul menjelaskan terdengar bunyi bising dari dalam enjin. Bagaimanapun, ada antara pengguna media sosial mempertikaikan isu berkenaan kerana ia menggunakan besi mampat yang tidak mudah pecah.

Sekiranya flywheel bermasalah, akan muncul bunyi ketukan halus pada bahagian enjin seolah dawai tersangkut. Jika anda mengalami gejala sedemikian jangan memandu dan hubungi trak tunda untuk dihantar ke pusat servis.

Tambahan, kos baikpulih ditanggung sepenuhnya kerana masih masih lagi dilindungi waranti 5-tahun.

“Kalau penutup minyakje masalah aku tak kisah sangat..tapi kalau flywheel bermasalah itu boleh mendatangkan bahaya pada pengguna.

“Axia sebelum ni takda masalah besar ramaije org beli…Axia gen 1 lagi murah dan berkualiti,” komen Ajy Rady Hasmah Ready.
 

Susulan perkongsian itu, ada antara pemilik Perodua Axia terutamanya wanita bimbang akan mengalami nasib yang sama.

PENUTUP MINYAK SUKAR BUKA

Selain itu, segelintir pengguna turut berkongsi berdepan masalah sukar membuka penutup minyak Axia sehingga ada antara mereka yang berfikir panjang untuk mengisi minyak.

“Yer, tangki minyak memang susah bukak..tiap kali isi minyak mesti berpeluh nak buka..Dahlah isi minyak dua hari sekali,” komen Mohd Zairudin.

Rata-rata pengguna Axia mencadangkan pemilik yang mengalami masalah berkenaan segera mengunjungi pusat servis Perodua untuk dibaiki.

Selain itu, ada juga pemilik Axia berkongsi tips membaiki komponen tersebut sama ada menyembur WD40 pada selak dan engsel di samping menolak besi pada belakang penutup ke dalam.

“Tolong tengok betul-betul kawasan penutup minyak tu ada double tape macam kereta saya kena.

“Saya pergi SC betulkan jadi balik..saya check kat kawasan penutup minyak tu ada double tape kilang Perodua letak. Saya cabut terus senangje nak buka. Tarik sikit terus terbuka,” kongsi Mohamad Nazrul.

Membeli kereta baharu sama seperti nasib. Ada yang akan mengalami defek kecil selain ada pengguna yang mendapat kereta dalam keadaan baik tanpa masalah.

Pemilik tidak perlu menghabiskan masa dan tenaga mengunjungi pusat servis bagi menyelesaikan masalah tersebut melainkan menghantar kereta untuk selang servis yang diperlukan.

“Alhamdulillah saya okay je untuk enam bulan pakai. Ikut atas rezeki,” komen Ekin Shamsuri. 

APA ITU FLYWHEEL (RODA TENAGA)

Flywheel berbentuk piring bulat yang berat dipasang pada hujung aci berputar. Peranannya menyimpan tenaga melalui momentum putaran serta melepaskan beban tenaga mekanik pada piston, sehingga stabiliti perputaran enjin tetap terjaga. 

Roda tenaga ini dibuat daripada keluli berkualiti tinggi dengan berat 7.5kg hingga 50kg. Apabila ukuran mesin kenderaan besar, maka ukuran flywheel juga besar. 

Seiring meningkatnya perkembangan teknologi, kini sudah ada flywheel yang dibuat daripada bahan yang lebih ringan iaitu serat karbon dan juga bearing magnet. 

Meskipun lebih ringan, namun kinerjanya tetap kuat bahkan boleh berputar hingga kecepatan 60,000rpm. 

Flywheel cukup penting bagi menjaga stabiliti kinerja enjin kereta. Ia menyalurkan dan menyimpan tenaga putaran enjin. Tenaga yang dihasilkan dari putaran enjin harus disimpan agar kinerja tidak menurun. 

Ia juga berfungsi sebagai tempat melekatnya klac kereta yang dipanggil klac over serta memutar enjin ketika pertama kali dihidupkan.

Jika komponen ini rosak, akan menyebabkan beberapa masalah misalnya enjin mudah panas, klac dan transmisi tidak bertindak balas hingga muncul suara ‘luar biasa’ ketika menghidupkan enjin.

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here