Berapa bayaran bulanan Honda Civic Type R (2023)? Kami kirakan untuk anda…

7231

Honda Malaysia membuka tempahan Civic Type R ke pasaran tempatan pada harga RM399,900 seunit bermula minggu lalu. 

Untuk tahun ini, Honda Malaysia hanya membawa masuk 19 unit Civic Type R yang  didatangkan dalam warna badan Championship White.



Di bawah hud depan tersedia enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa 319PS (+9PS) @ 6,500rpm dan tork 420Nm (+20Nm) @ 2,600-4,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan manual.

Berminat memiliki hot hatch berprestasi ini?, tahun depan pengedar rasmi jenama berkenaan akan membawa masuk lebih banyak unit Type R. 

Di bawah ini, kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan Civic Type R yang didapati dari laman web Honda Malaysia. 

Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama sembilan dan lima tahun bersama deposit 10 peratus dengan kadar faedah 2.5 peratus dan 2.8 peratus.

Langkah pertama tentunya anda perlu menyediakan wang deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM39,990 dengan jumlah pinjaman RM359,910.

KADAR FAEDAH 2.5 PERATUS

Menurut Honda Malaysia, anggaran kadar faedah pinjaman sewa beli bagi Civic Type R sekitar 2.5 hingga 2.8 peratus mengikut kelayakan pelanggan.

Di bawah ini ansuran bulanan yang perlu anda bayar dengan kadar faedah 2.5 peratus: 

  • 9-tahun: RM 4,082.31
  • 5-tahun: RM 6,748.31

KADAR FAEDAH 2.8 PERATUS 

Manakala bayaran bulanan bagi kadar faedah 2.8 peratus meningkat sekitar RM90. Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM 4,172.29
  • 5-tahun: RM 6,838.29

HARGA CIVIC TYPE R  DI LANGKAWI

Jika ingin lebih murah, anda boleh mempertimbangkan Civic Type R di Langkawi yang dijual pada harga RM219,900 seunit iaitu perbezaan sekitar RM140,010. 

Sekiranya anda membeli Civic di pulau bebas cukai itu, deposit yang perlu dikeluarkan adalah RM21,990 (10 peratus) dengan jumlah pinjaman RM197, 910. 

Ansuran bulanan yang perlu dibayar dengan faedah 2.5 peratus adalah:

  • 9-tahun: RM 2,244.81
  • 5-tahun: RM 3,710.81

Ansuran bulanan yang perlu dibayar dengan faedah 2.8 peratus adalah:

  • 9-tahun: RM 2,294.29
  • 5-tahun: RM 3,760.29

Pelanggan jimat sekitar RM2,000 untuk ansuran bulanan sekiranya membeli model itu di Langkawi.

Bagaimanapun, perlu diingatkan anda boleh membawa hot hatch itu keluar dari Langkawi 90 hari atau 3 bulan bagi tempoh setahun.

Kesimpulannya pemilik dibenarkan untuk membawa keluar kereta dari Langkawi sebanyak 90 kali dalam setahun ataupun bagi tempoh tiga bulan secara terus sebelum kembali semula ke pulau tersebut. 

Jika ingin kadar caj cukai yang rendah anda bolehlah membawa model itu keluar dari Langkawi selepas tiga tahun. Ini kerana kadar cukai akan berkurangan mengikut umur kereta. 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here