Honda Civic Type R (2023) rasmi lancar di Malaysia, harga RM399k

497

Honda Malaysia membuka tempahan Honda Civic Type R ke pasaran tempatan pada harga RM399,900 seunit.

Untuk tahun ini, Honda Malaysia hanya membawa masuk 19 unit Civic Type R yang  didatangkan dalam warna badan Championship White.



Bagi anda yang terlepas tahun ini, jangan bimbang Honda Malaysia akan membawa masuk unit baharu Type R tahun depan.

Bagaimanapun, oleh kerana unit terhad untuk tahun ini, pihak Honda Malaysia akan menggunakan sistem cabut undi bagi pelanggan yang telah menempah Civic Type R tersebut pada 20 Oktober. 

Berikut fakta ringkas tentang Civic Type R (2023):

  • Di bawah hud depan tersedia enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa 319PS (+9PS) @ 6,500rpm dan tork 420Nm (+20Nm) @ 2,600-4,000rpm.
  • Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 5.5 saat dengan kelajuan maksimum 272kmj. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan manual.
  • Hot hatch tersebut kini didatangkan dengan empat mod pemanduan Comfort, Sport, +R dan Individual (baharu).
  • Generasi baharu kini memiliki panjang 4,593mm (+36mm), lebar 1,890mm (+13) dan tinggi 1,407mm (-27mm) serta jarak roda 2,735mm (+35mm) berbanding generasi sebelumnya.
  • Bahagian kaki disokong dengan rim hitam kusam bersaiz 19-inci yang lebih ringan dengan struktur terbalik.
  • Pemanduan dinamik dan sporty di jalan lurus dan selekoh disokong oleh suspensi topang dual axis (depan) dan multi link (belakang).
  • Keupayaan memperlahankan kelajuan dan menghentikan jentera diserahkan kepada sistem brek cakera berliang Brembo di depan dan cakera solid di belakang. 
  • Masuk ke dalam kabin, aura sporty Type R diserlahkan menerusi pilihan kemasan warna merah pada kerusi dan pintu serta jahitan benang merah pada tombol gear dan stereng.
  • Sementara, material aluminium pada panel konsol tengah dan tombol gear menyerlahkan rasa premium yang kemudian dilengkapkan dengan nombor siri Type R.
  • Paparan skrin meter TFT bersaiz 10.2-inci memaparkan grafik eksklusif mod +R.
  • Skrin audio bersaiz 9-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay juga boleh memaparkan Data Log R.
  • Tidak ketinggalan Honda Civic Type R juga didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing dan Honda Connect demi ketenangan minda pemilik. 
@motoqar

Ini fakta ringkas tentang Honda Civic Type R FL5 untuk pasaran Malaysia. #honda #hondacivictyper #civictyper #hondamalaysia #motoqar #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾

♬ original sound – Motoqar – Motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here