Jalan raya Sandakan kembali rosak selepas lawatan Agong

292

Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mengambil tindakan segera untuk menangani kerosakan jalan raya di Jalan Labuk Batu 16, Kampung Gum-Gum, Sandakan. 

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata jalan raya di kawasan tersebut perlu dibaiki dan diselenggara dengan segera kerana ia merupakan laluan utama untuk ke daerah ini.



Beliau sudah sering kali mengutarakan kerosakan jalan raya di kawasan itu dan pernah membawa pihak JKR untuk melihat sendiri keadaan jalan raya tersebut.

“Selepas dibaiki, jalan raya di kawasan itu kembali rosak akibat dilalui kenderaan berat khususnya lori kerana tidak ada alternatif lain selain melalui jalan raya ini.

“Jangan tunggu keluhan pengguna jalan raya barulah kerja pembaikan dilakukan,” katanya.

Keadaan jalan raya Batu 16 di Gum-Gum kini rosak teruk iaitu berlubang dan beralun – keadaan yang boleh mengundang kemalangan.

Dalam pada itu, Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah sekali lagi meminta agar persimpangan di Gum-Gum dipasang lampu isyarat untuk keselamatan pemandu khususnya penduduk kampung di Gum-Gum.

Katanya persimpangan masuk ke Kampung Gum-Gum di Jalan Raya Batu 16 itu merupakan laluan utama dan penduduk kampung terdedah kepada bahaya ketika keluar atau masuk dari simpang kampung ke laluan utama.

Beliau berkata sudah beberapa kali kemalangan berlaku di persimpangan jalan tersebut dan perlu ditangani sebelum berlaku kemalangan jalan raya yang lebih teruk.

Menurutnya pelancong juga melalui jalan raya ini jika mereka ke Kinabatangan dan kerosakan jalan raya itu boleh memberikan imej tidak baik pelancongan di Libaran, Kinabatangan dan Sandakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here