Padat aktiviti menarik, pusingan akhir TGR Racing Festival Musim Keenam di SIC hujung minggu ini

282

Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini lebih meriah dengan acara pusingan ketiga dan terakhir siri perlumbaan Toyota GAZOO Racing Festival serta GAZOO Racing (GR) Vios Challenge (Musim Keenam).

Lebih menariknya lagi, kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua orang dengan menampilkan aktiviti menarik di dalam mahu pun di luar trek lumba.



Acara bermula 30 September sehingga 1 Oktober ini disajikan dengan aktiviti membabitkan:

1. Persembahan konsert

  • Hari pertama bakal menampilkan artis seperti penyanyi hip-hop KMY KMO dan penyanyi rap tempatan Luca Sickta dan kumpulan pop dan rock alternatif Malaysia OAG. 
  • Hari ke-2 pula, pembukaan konsert dengan band rock alternatif Iqbal M sebelum menghidangkan 16 artis lain membabitkan Joe Flizzow, MK, SonaOne, ALYPH, AbangSapau, Killa Driz, Sophia Liana, Gard, Pele, Fuego & DJ CZA.

2. Sesi bertemu dan bertanya khabar dengan selebriti TGR

3. Pesta Tempatan yang menampilkan gerai makanan, aksesori vintaj, pakaian jalanan dan seni.

Pada masa sama, pengunjung bakal melihat penampilan sulung jentera lumba Toyota Vios generasi keempat serba baharu. Kereta itu akan dipandu sembilan pelumba selebriti dalam Kelas Promosi sebelum digunakan dalam semua kategori dalam Musim 7 Cabaran GR Vios pada 2024.

Jentera itu dikuasakan enjin 1.5 liter yang dipadankan transmisi manual lima kelajuan, tetapi menggunakan platform baharu yang lebih tegar dan stabil serta aerodinamik yang disemak semula.

Sementara itu, 45 pemandu bakal bersaing dalam kategori Super Sporting Class, Sporting Class, Rookie Class dan Promotional Class untuk merebut peluang dinobatkan juara keseluruhan dalam musim keenam.

Pengunjung digalakkan untuk mendaftar di laman web www.toyota.com.my/tgrmalaysia, atau maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.toyota.com.my, serta laman media sosial Facebook dan Instagram Toyota GAZOO Racing.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here