Laku keras! Perodua Axia E diedarkan 2,500 unit dalam masa 48 jam

641

Perodua menerima sambutan yang baik terhadap model paling rendah Perodua Axia E yang dilancarkan baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Axia E yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan dan stok sedia ada sebanyak 2,500 kenderaan diedarkan sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.



Menurutnya, walaupun tempahan sedia ada amat menggalakkan, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi, antaranya kos pembiayaan yang lebih tinggi dan kekurangan bekalan yang mungkin berlaku secara berkala.

“Walaupun begitu, kami masih teguh dengan sasaran kami, dan kami berterima kasih kepadapelanggan yang dihargai atas sokongan dan kesabaran mereka.

Keutamaan kami adalah untuk terus mengurangkan masa menunggu pelanggan serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami,” katanya.

Motoqar sebelum ini, melaporkan Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean CAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Perodua Axia E menggunakan enjin 1.0 liter dengan padanan transmisi manual. Ia didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama 5 tahun.

Bagi model Perodua Axia E baharu yang diperkenalkan ini, bentuk hadapannya menggunakan rekaan facelift 2017, tetapi bahagian belakang rekaan 2019.

Ruang dalaman, model itu tidak mempunyai sistem audio, karper, cermin pada penghadang silau matahari, penebat bumbung.

Baca juga artikel berkaitan:

>> Nak beli Perodua Axia E?, ini kos penyelenggaraan perlu anda tahu!

>> Gaji bersih RM1,300 dah boleh beli Perodua Axia E, bulanan RM280 (pinjaman penuh)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here