Tak serik, pemuda buat aksi wheelie dicekup sekali lagi selepas 4-tahun

297

Seorang lelaki berusia 22 tahun yang pernah ditahan dalam OP Samseng Jalanan pada empat tahun yang lalu, sekali lagi ditahan di lokasi dan bersama motosikal yang sama, semalam.

Pemuda berkenaan didapati menunggang secara merbahaya dan melakukan aksi wheelie ketika Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar menjalankan pemantauan di kawasan Jalan Gunung Keriang Alor Setar, Kedah.
 
Tindakan pemuda itu yang melakukan aksi merbahaya berulang kali tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain menarik perhatian pasukan operasi.
 
Pihak berkuasa kemudian membuat pengecaman sebelum berjaya menahan lelaki tersebut berhampiran kawasan berkenaan.
 
Pemuda berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Setar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here