Kes Wheelie: Polis tunggu pemilik motor kuasa tinggi PNV 1414 tampil

10141

Polis sudah mengenalpasti penunggang motosikal berkuasa tinggi yang merakam aksi berbahaya seorang daripada mereka di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata hasil penelitian polis terhadap video aksi itu mengesan salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan tersebut iaitu PNV 1414.

“Polis berjaya mengesan pemilik motosikal terbabit menerusi hasil semakan aplikasi MySikap.



“Untuk itu, kita menunggu individu terbabit hadir ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada masa sama, Ramli berkata, polis juga sedang mengesan satu lagi kumpulan motosikal yang melakukan aksi sama.

Semalam, media melaporkan polis menerima dua rakaman video berhubung dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkuasa tinggi melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya LATAR.

Antaranya ia memaparkan sebuah motosikal ditunggang dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi ‘wheelie’.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here