Polis Kuala Selangor buru penunggang motosikal berkuasa tinggi buat aksi wheelie

627

Akibat menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan melakukan aksi wheelie membawa padah, apabila individu berkenaan di buru pihak polis.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa yang dipetik Harian Metro berkata, terdahulu pihaknya menerima dua rakaman video berhubung kejadian itu pada jam 12.19 tengah hari tadi.



“Dua daripada mereka melakukan aksi ‘wheelie’ iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri.

“Aksi itu dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal,” katanya.

Ketika ini polis giat mengesan pemilik video asal dan semua penunggang motosikal terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berdasarkan rakaman video itu, mereka melakukan aksi wheelie dengan kelajuan melebihi 150km/j.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here