Tempahan Proton X90 dibuka, boleh lihat di pusat jualan tapi perlu ada jemputan

1065

Proton membuka tempahan SUV serba baharu X90 sejak 8 April lalu dan pelanggan yang yang berminat bolehlah membuat tempahan melalui cawangan Proton 3S dan 4S.

EMPAT VARIAN

Proton X90 didatangkan dengan empat pilihan varian 1.5 TGDI BSG:



  • Standard, Executive, Premium (7-kerusi)
  • Flagship (6-kerusi)

Berikut spesifikasi yang ditawarkan:

Selain itu, X90 juga didatangkan dengan tiga ciri keselamatan baharu:

  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI)

NAK TONTON PERLU ADA JEMPUTAN

Proton turut menganjurkan pratonton eksklusif menjelang perasmian SUV tersebut bagi meningkatkan kesedaran umum tentang X90 dan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat.

Pelanggan hanya perlu menghubungi unit jualan di cawangan Proton 3S dan 4S. Jika datang secara walk-in, pelanggan boleh menyertai sesi flea market bermula jam 1-2 petang.

Acara pratonton seperti di bawah:

  • 8 dan 9 April:  Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  • 15 dan 16 April: Johor dan Pahang
  • 29 dan 30 April: Sabah dan Sarawak

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here