#RetroAuto: Myvi XT hijau, naik taraf bernilai RM1.6k harga kekal!

1252

Sejak diperkenalkan pada 2005, Perodua Myvi kekal menjadi model pilihan rakyat Malaysia hingga digelar ‘King of the road’.

Bermula generasi pertama yang diasaskan daripada Daihatsu Boon/Toyota Passo, jualan hatchback kompak itu terus melonjak naik. 



Kemudian, Perodua memperkenalkan generasi kedua menerusi tagline ‘Lagi Power Lagi Best’ pada 2011. Rekaan model ini hampir sama namun lebih bulat dan sporty. Sistem stereng menggunakan jenis kuasa elektrik dan dua beg udara didatangkan standard.

Selepas itu, Myvi generasi ketiga serba baharu diperkenalkan sekitar 2017. Model ini lebih moden dan didatangkan dengan ciri peralatan termaju.

MYVI XT

Bagaimanapun, mengimbau kembali generasi sebelumnya. Masih ingatkah anda pada sebuah model berwarna hijau terang. 

Perodua memperkenalkan varian Myvi XT pada 2014 menyertai varian sedia ada iaitu Myvi 1.3L XT, Myvi 1.3L SE, Myvi 1.5 SE dan Myvi 1.5L Extreme.

Membawa maksud ekstra, Myvi XT menerima pelbagai penambahbaikan bernilai RM1,600 tanpa sebarang kenaikan harga.

Peralatan baharu yang ditawarkan pada model berkenaan adalah:

  • Rim aloi bersaiz 14 inci
  • Gril krom
  • Sistem audio dengan ketersambungan Bluetooth dan USB
  • Konsol tengah berwana perak
  • Fabrik baru pada tempat duduk

Myvi XT dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.3 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 67kW dan tork 117Nm.

Ia didatangkan dengan warna baharu iaitu hijau di samping pilihan warna badan merah, ungu, perak dan putih.

Disasarkan untuk golongan pelajar pusat pengajian tinggi, graduan dan mereka yang ingin menaik taraf kenderaan sedia ada, Myvi XT ditawarkan pada harga bermula RM41,900 (manual) dan RM44,700 (auto).

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here