“Kenapa tak tukar BMW,” pemuda ini dinilai pandu Myvi ke majlis reunion

2572

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi di grup XUAN Play tentang rasa tidak selesa menghadiri majlis makan malam perjumpaan dengan rakan-rakannya semasa Tahun Baru Cina. 

Perbualan antara mereka lebih berkisar tentang membeli kereta dan rumah baharu. Dia tumpang gembira dengan pencapaian rakannya yang lain.  



Tetapi apabila perbualan mula bertukar ke arah perbandingan, dia mula tidak selesa tambahan apabila ada antara mereka mempersoalkan pilihannya kekal dengan Perodua Myvi. 

Salah seorang daripada mereka berkata bahawa dia akan kelihatan berjaya jika menukar Myvi miliknya dengan BMW serba baharu.

“Jadi apa sekarang? Awak kata saya tak boleh duduk semeja makan dengan awak kalau saya memandu Myvi?,” tulisnya dalam hantaran itu.

Akhir perkongsian hantaran itu, lelaki itu dia tidak akan menghadiri majlis perjumpaan tahun depan kerana berasa seperti tersisih. 

“Persahabatan ini penuh dengan persaingan, saya sangat bosan dengannya.”

“Tahun depan, SKIP!.”

 
 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here