Baru dapat Tesla Model Y, pemilik kesal bingkai plastik cermin terkeluar

507

Satu lagi isu kelemahan kawalan kualiti Tesla yang dikongsi di Internet. Pemilik Model Y baharu berkongsi foto bingkai plastik pintu yang tidak diletakkan dengan betul sehingga memberi kesan kepada aerodinamik.

Selepas menerima penghantaran Tesla Model Y Long Range, pemilik memandu pulang kereta elektrik (EV) berkenaan.



Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan dia terdengar bunyi bising berlebihan yang masuk ke dalam kabin seolah tingkap dibuka. Kerana tiada pengalaman memandu EV, pemilik menganggap kekurangan bunyi enjin. 

Namun, bunyi berkenaan berterusan beberapa hari sehingga pemandu memastikan kesemua pintu ditutup rapat dan pengedap tingkap dipasang dengan betul.

Susulan itu, pemilik menemui defek pada bahagian cermin yang mana pengedap bingkai plastik bahagian pemandu tidak dipasang dengan betul.

Foto defek itu dikongsi pada laman Reddit oleh pengguna zagman76. Ia menunjukkan penutup hitam itu terkeluar daripada bingkai tingkap.

Pemilik turut berkongsi cuba menolak komponen itu namun tidak berjaya. Menurut pemilik Tesla yang lain, oleh kerana saiz yang tidak sepadan sukar untuk membetulkan kedudukan bingkai tersebut, walaupun ia kelihatan mudah. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here