Rider RSX Pahang Tengah bawa pulang Honda RS-X 150 pada ‘Gathering Honda RS & RSX 5.0’

800

GATHERING Honda RS & RSX Ke 5,’ yang diadakan baru-baru ini berjaya menghimpunkan kira-kira 1,500 pemilik Honda RS dan RSX 150 di Litar Permotoran Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu.

Perhimpunan tersebut juga diadakan pada hari sama berlangsungnya Kejohanan Cub Prix Malaysia Pusingan ke 6. 



Penganjur, Mohd Alfishahrin Zakaria berkata pihaknya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pemilik Honda RS dan RSX yang terlibat. 
 
“Pergi dan pulang selamat, ini tagline yang selalu saya tekankan kepada mereka.
 
 
“Selain itu, perlulah hormat menghormati antara satu sama lain. Misalnya tidak membuat bising dengan sengaja memulas terotel bagi membunyikan ekzos serta mengeluarkan asap yang tentunya mencemarkan,” jelasnya. 
 
Tindakan sedemikian akan menimbulkan persepsi negatif bagi pengunjung lain yang turut berada di lokasi sama. 
 
Pasangan Mohd Alfishahrin dan Diana Latief begitu sinonim dengan acara himpunan Honda RS yang mana mereka melakar sejarah menunggang Honda RS 150 dari Malaysia ke London dan Malaysia ke Russia.
 
 
Honda Gathering RS150 pertama kali diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada 2017.
 
Idea pasangan berkenaan yang ingin menyatukan pemilik moped mendapat persetujuan daripada pihak pengeluar, Boon Siew Honda.
 
Acara itu turut menyediakan sesi ‘Skill Advance Riding’ yang diuruskan Tim Wazi dan 
pengunjung berpeluang menyertai dan mendapat ilmu berkaitan gaya tunggangan yang betul.
 
Pertandingan menunggang motosikal perlahan menerusi dua kategori solo dan berpasangan.
Menurut penganjur, kerjasama bersama Cub Prix telah lama terjalin yang mana salah satu langkah pendedahan kepada pemilik RS dan RSX  tentang penglibatan jentera Honda dalam perlumbaan Cub Prix.
 
“Objektif seterus menyuntik semangat pemilik Honda terutama lepasan sekolah mengenai acara perlumbaan yang tidak menyalahi undang-undang jalan raya,” katanya. 
 
Hadiah disampaikan oleh penganjur, Mohd Alfishahrin Zakaria kepada ahli kelab RSX Pahang Tengah.

GALERI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here