Tesla terima 10,000 tempahan Model Y adalah palsu

337

Tesla Inc mendakwa berita 10,000 tempahan Tesla Model Y di Malaysia dalam tempoh empat hari di Malaysia adalah palsu.

Pengarah Wilayah Tesla, Isabel Fan menafikan dakwaan berkenaan selepas pelancaran model tersebut di Pavilion.



“Jumlah tempahan sebenar akan kekal tidak didedahkan, tetapi Tesla memberi jaminan kepada orang ramai bahawa minat terhadap Model Y adalah kukuh dan menghargai sokongan daripada komuniti pelanggan kami yang semakin meningkat di Malaysia,” katanya.

Berita mengenai tempahan Model Y itu tersebar di media sosial. Model Y didatangkan dengan tiga pilihan varian bermula daripada RM199,000. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here