Lagi gambar-gambar Geely Xingyue (FY11) menjelang pelancaran

2747

Geely Xingyue, atau sebelum ini dikenali Geely FY11, hanya akan dilancarkan hujung bulan ini. Namun imej-imej kenderaan tersebut telah tersiar di jalanraya Hangzhou, ibupejabat syarikat itu.

Xingyue dibina berdasarkan pelantar CMA iaitu yang menjadi ”tulang” kepada Volvo XC40 dan kenderaan-kenderaan Lynk & Co.



Dua varian ditawarkan, satu dengan empat ekzos dan satu lagi dengan dua ekzos besar. Empat ekzos itu dikuasai enjin turbo Volvo T5 dengan 238hp dan 350Nm tork. Ia menjadikan Xingyue sebagai kereta paling berkuasa dalam Geely. Transmisi ialah automatik 8-kelajuan dan pacuan semua roda.

Satu lagi varian dipacu oleh 1.5-liter turbo dengan 177hp. Dengan automatik 8-kelajuan varian ini adalah pacuan roda depan.

Selain rupa luaran agak bergaya, dalamannya juga menarik. Terdapat skrin sesentuh besar, papan pemuka digital dan HUD (head up display). Sistem bunyi pula dari Bose.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here