Haval F7x dilancarkan di China – bakal datang ke Malaysia?

2875

Setelah lama menyepi, Haval timbul semula di dunia automotif. Perkenalkan Haval F7x yang baru dilancarkan di China. Ya, dengan x kecil, bukan X besar.

Kedatangan semula Haval ini membawa satu model yang agak menarik dengan rupa cukup moden dan trendy. F7x iaitu SUV coupe ini akan membuat kemunculan sulung rasminya di Shanghai Auto Show minggu depan.



F7x ini berkongsi pelantar dengan SUV Haval H7. Kuasa adalah 180hp dari 1.5-liter turbo dan 231hp dari 2.0-liter turbo. Kedua-dua enjin dipadankan dengan DCT tujuh-kelajuan.

Walaubagaimanapun, rekaan dalaman adalah unik kepada F7x dengan skrin sesentuh besar di tengah dan panel instrumen digital.

Nantikan laporan kami apabila kami mendapat maklumat lebih lanjut mengenai jentera ini. Apa pendapat anda? Adakah ia akan laku bak goreng pisang panas jika dibawa masuk ke Malaysia?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here