TERENGGANU BIKE WEEK 2019 – 2 hari lagi

2876

Negeri cantik,Bikersnya Baik-Baik

Melepasi tahun yang ke 7 acara perhimpunan motosikal pelbagai kategori,pelbagai profesion dan pelbagai bangsa pemiliknya.Satu minat,Satu citarasa iaitu jentera Dua Roda.

Pantai Batu Burok.lokasi acara saban tahun digegarkan dengan deruman enjin motosikal pelbagai jenis. Bagi pemilik dua roda yang pernah mengunjungi Terengganu Bike Week,pastinya akan mengunjunginya lagi.



Aturcara disediakan cukup menarik,Saban tahun dikemaskini,makanan yang enak,serta banyak sekali lokasi percutian yang ingin di lawati serta di kongsi bersama keluarga sekembali dari acara Terengganu Bike Week nanti.

2019 acara yang sama akan muncul kembali hujung bulan mac nanti. Penganjur telah menjanjikan sedikit kelainan kepada pengunjung yang hadir.Apakah kelainannya?

Jangan lepaskan peluang di musim cuti sekolah ini,bawalah keluarga bersama sambil menghirup udara segar Pantai Batu Burok. Boleh juga makanan asasi rakyat Terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor.

Terenganu Bike Week 2019 menanti kehadiran Anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here