Perodua Kancil yang minum RON100 – Dari autoshow ke sukan drag

915

Perodua Kancil merupakan model pertama keluaran Perodua yang masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ia melalui beberapa pembaharuan sebelum dihentikan produksinya untuk memberi laluan kepada model baru.

Kali ini, kami pertontonkan sebuah model Perodua Kancil yang dinaiktaraf oleh pemiliknya sendiri, saudara Faiz Dhe. Ia dimodifikasi dari sebuah kereta “tayang-tayang saja” kepada kereta “motorsport”. Dari jentera autoshow kepada jentera sukan drag.

Kancil ini diberi “minum” RON100 tau. Jangan main-main.

Saudara Faiz yang menetap di Pekan, Pahang menjalankan perniagaan barangan kereta secara atas talian. Dengan kepakaran sendiri serta bantuan dari rakan-rakan, sedikit-sebanyak memudahkan proses naiktaraf keretanya.

Spesifikasi:

Model: Perodua Kancil

Enjin: EJ Japan 1000cc

Modifikasi: Turbo bolt-on, custom intake velocity, coil-on plug K20, con-rod Carillo, omboh 72 Nissan March, blow-off Works, main bearing KING, throttle body Evo 3, intercooler Evo 3, Subaru 560cc injector, ADM Speed Banana, dan turbo RHF5 VF38.

Bahan api: RON100

Transmisi: Manual 1000 kustom

Electronik: Standalone LINK Atom II

Suspensi: Adjustable Mines

Brek: L5 double layer (depan), OEM (belakang)

Tayar: Toyo R888r 14-inci (depan), Hankook Skinies 15-inci (belakang)

Rim: TE37 (depan), VMS Racing (belakang)

Bengkel: CMT Garage Performance

 

Kredit gambar: Raziman Sipico & AP_Ganchong

Komen anda mungkin membantu